Akademi Seni Putera Selangor telah ditubuhkan pada JUN 1994, di Klang,Selangor Darul Ehsan. Akademi ini adalah sebuah agensi yang menyediakan pusat latihan dan persembahan melahirkan artis budaya dan penggiat seni yang berwibawa dan kreatif berlandaskan warisan seni Negara. Pada Prinsipnya Akademi Seni Putera Selangor atau AKSP Selangor menumpukan pendidikan seni kearah meningkatkan bakat,keupayaan dan kewibawaan penggiat seni dan karyawan yang professional dan berilmu. Fokus pembelajaran kepada amali memastikan pelajar atau peserta mencapai tahap kemahiran berkarya yang tinggi dan bakat yang gemilang. AKSP Selangor bertanggungjawab mengeluarkan artis-artis budaya yang berupaya menjadi cendiakiawan,penggalak,pemupuk,pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan dalam bidang-bidang yang mereka ceburi.
Moto,
"Kami Memartabatkan Tradisi,Istiada dan Budaya"
Visi,
Melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan gagasan 1Malaysia.
Misi,
* Mempertingkatkan usaha mengekalkan dan memulihara seni budaya.
* Mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk,membimbing,merakyatkan dan
menyemarakkan seni budaya.
* Menggalak dan meluaskan promosi seni budaya.
Objektif,
- Mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian.
- Memperbanyakkan aktiviti seni budaya ke segenap lapisan masyarakat.
- Menyebarkan maklumat seni budaya kepada orang awam dalam dan luar negara.
- Menyediakan kemudahan prasarana seni dan budaya yang konduksif dan khidmat nasihat kepada masyarakat 1Malaysia
- Meningkatkan pembangunan produk seni budaya kearah gagasan 1Malaysia.
![]() |